CLOCK

*Jangan Lupa Waktu Anda* Blinkys

orkut scraps
""=,,,,,,,,,,,SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.....BLOG NI UNTUK SUKA-SUKA SAJA..HARAP ANDA MENYUKAINYA....SELAMAT MEMBACA,

kek pandan layer

HARI NI KENA MOOD RAJIN LAGI NI,bila tgok kawan2 kat fb buat mcm2 kek lah kuih lah ,hati ni pon tergerak lah nak cuba,,,,,terutama sekali bab kek ni...sebab ank2 aku mmng suka mkn sangat.Rasanya buat kek mcm dah pandai sikit ,,,,cewah puji diri sendiri.....hari ni nak try pulak kek pandan layer sebab kek ni memang aku suka sangat makan  .ni pertama kali buat kira mcm puas hati juga lah sebab menjadi walau pon x berapa menarik macam orang lain buat....Bak kata orang rupa bukan ukuran yang penting rasa,,,betul x.....


sebelom aku dok merapu banyak2 sampai korang pon jemu nak baca meh la kita tengok bahan2 dan cara2 nak buat........


mula2 kita tgok bahan2 tuk kek span dulu..

         bahan-bahan

  • 150 g tepung gandum (diayak)
  • 1 tsp baking powder (diayak)
  • 5 biji telur
  • 100 g gula kastor
  • 50ml susu cair/susu segar
  • 1tsp esen vanilla
  • perisa pandan & warna hijau
  • 50 ml minyak masak     
     
     cara-cara
     
    1.masukkan kesemua bahn2 kecuali minyak,putar dengan kelajuan maksima selama 15 minit atau sehingga adunan berkrim
    2.masukkan minyak masak,kaup balikkan dgn spatula hingga sebati,,gris dan alas loyang didasarnya    sahaja
    3.bakar 170dc selama 30 minit 
     
    (tips;oven mesti dipanaskan terdahulu pada suhu 170dc selama 20 minit terawal)
    ni penting ye,
     
     
    UNTUK KASTAD PANDAN PLK YE,,,,jgn keliru hehehehe
     
    bahan-bahan
     
    • 1200ml santan @susu cair
    • 1 cwn gula kastor
    • 10 g sebuk agar2
    • 100 g tepung hoen kwe
    • secubit garam
    •   perisa pandan dan warna hijau(kalau guna tpg hoen kwe warna hijau x payah letak pewarna dah ok)                                                                                                                                   


          CARA-CARA

Masukkan kesemua bahn2 kedalm periuk,masak sambil mengacau ngacau adunan sehingga adunan berkilat.kacau guna whisk je bila dah kilat tutup api.jgn terlalu likat,sebab nanti susah nak layer pada kek.

 JOM KITA BELAJAR CARA2 MELAPIS KEK PANDAN LAYER,,,,,

  1. sediakan loyang,lapik loyang dengan plastik,kalu x lapik pon x pe ( aku x lapik)
  2. tuangkan sedikit kastad kemudian ratakan,ambil kek letak diatas kastad tadi,kemudian tuangkan kastad diatas kek dan rata.dah seterusnya
  3. untuk bahagian tepi kek sekiranya susah nak masukkan kastad boleh guna piping bag,,picit je kastad tu.
  4. buat hingga habis lapisan kek kemudian kastad boleh digunakan untuk bahagian atas kek.
  5. kemudian hentak2 manja sikit loyang tu,biar padat kastad tu.
  6. biar kastad sejuk dan keras(simpan dalam peti sejuk ye)
tips;
bila dh keras,tarik sikit2 kastad di tepi2 loyang.nanti nampak kastad akan merenggang dari tepi loyang,terbalikkan dan keluarkandan hias ikut suka hati.

  • biasa orang letak kelapa kering,tapi aku x letak takut ank2 x mkn plk
                                         
  tadaaaaa ni lah hasilnya,,,,