CLOCK

*Jangan Lupa Waktu Anda* Blinkys

orkut scraps
""=,,,,,,,,,,,SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.....BLOG NI UNTUK SUKA-SUKA SAJA..HARAP ANDA MENYUKAINYA....SELAMAT MEMBACA,

kek pandan layer

HARI NI KENA MOOD RAJIN LAGI NI,bila tgok kawan2 kat fb buat mcm2 kek lah kuih lah ,hati ni pon tergerak lah nak cuba,,,,,terutama sekali bab kek ni...sebab ank2 aku mmng suka mkn sangat.Rasanya buat kek mcm dah pandai sikit ,,,,cewah puji diri sendiri.....hari ni nak try pulak kek pandan layer sebab kek ni memang aku suka sangat makan  .ni pertama kali buat kira mcm puas hati juga lah sebab menjadi walau pon x berapa menarik macam orang lain buat....Bak kata orang rupa bukan ukuran yang penting rasa,,,betul x.....


sebelom aku dok merapu banyak2 sampai korang pon jemu nak baca meh la kita tengok bahan2 dan cara2 nak buat........


mula2 kita tgok bahan2 tuk kek span dulu..

         bahan-bahan

  • 150 g tepung gandum (diayak)
  • 1 tsp baking powder (diayak)
  • 5 biji telur
  • 100 g gula kastor
  • 50ml susu cair/susu segar
  • 1tsp esen vanilla
  • perisa pandan & warna hijau
  • 50 ml minyak masak     
     
     cara-cara
     
    1.masukkan kesemua bahn2 kecuali minyak,putar dengan kelajuan maksima selama 15 minit atau sehingga adunan berkrim
    2.masukkan minyak masak,kaup balikkan dgn spatula hingga sebati,,gris dan alas loyang didasarnya    sahaja
    3.bakar 170dc selama 30 minit 
     
    (tips;oven mesti dipanaskan terdahulu pada suhu 170dc selama 20 minit terawal)
    ni penting ye,
     
     
    UNTUK KASTAD PANDAN PLK YE,,,,jgn keliru hehehehe
     
    bahan-bahan
     
    • 1200ml santan @susu cair
    • 1 cwn gula kastor
    • 10 g sebuk agar2
    • 100 g tepung hoen kwe
    • secubit garam
    •   perisa pandan dan warna hijau(kalau guna tpg hoen kwe warna hijau x payah letak pewarna dah ok)                                                                                                                                   


          CARA-CARA

Masukkan kesemua bahn2 kedalm periuk,masak sambil mengacau ngacau adunan sehingga adunan berkilat.kacau guna whisk je bila dah kilat tutup api.jgn terlalu likat,sebab nanti susah nak layer pada kek.

 JOM KITA BELAJAR CARA2 MELAPIS KEK PANDAN LAYER,,,,,

  1. sediakan loyang,lapik loyang dengan plastik,kalu x lapik pon x pe ( aku x lapik)
  2. tuangkan sedikit kastad kemudian ratakan,ambil kek letak diatas kastad tadi,kemudian tuangkan kastad diatas kek dan rata.dah seterusnya
  3. untuk bahagian tepi kek sekiranya susah nak masukkan kastad boleh guna piping bag,,picit je kastad tu.
  4. buat hingga habis lapisan kek kemudian kastad boleh digunakan untuk bahagian atas kek.
  5. kemudian hentak2 manja sikit loyang tu,biar padat kastad tu.
  6. biar kastad sejuk dan keras(simpan dalam peti sejuk ye)
tips;
bila dh keras,tarik sikit2 kastad di tepi2 loyang.nanti nampak kastad akan merenggang dari tepi loyang,terbalikkan dan keluarkandan hias ikut suka hati.

  • biasa orang letak kelapa kering,tapi aku x letak takut ank2 x mkn plk
                                         
  tadaaaaa ni lah hasilnya,,,,                                                                                                                   
                                                          

kek span pandan

bahan-bahan
_________

150g tepung gandum}
                                ------>di ayak
1tsp baking powder}
5 bj telur
2s/k ovallate
100g gula kastor
50ml susu segar/cair
1tsp esen vanilla
perisa pandan & warna hijau
(tapi saya guna jus pandan dalam 10 helai daun pandan dlm 3 cawan jus pandan)
50ml minyak masak(saya guna corn oil)

cara2
~~~~~
~~>masukkan semua bahan kecuali minyak,pukul dengan kelajuan maksima 15 minit atau hingga adunan berkrim 2 kali ganda dari adunan
~~~>masukkan minyak masak dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati
~~~~>griskan loyang dengan mentega atau minyak,masukkan adunan kedlm loyang
~~~>bakar 170dc selama 30minit

p/s.....panaskan oven selama 20 minit dulu ye dengan suhu 170dc....yg ni penting kgn lupa tau.


selamat mencuba****************************************************

kek span coklat

RESEPI NI AKU AMBIK DARI KAWAN KAT FB MILA NAMANYA.....TERUJA DENGAN RESEPI2 TERBARU DIA TU MACAM2 DIA BUAT,HARI-HARI ADA JA MENU BARU HEHEHEHE.....SAYA DAH BUAT MMNG GEBU KEK SPAN DIA NI......NI SAYA NAK JUGA LAH KONGI BERSAMA2 ANDA SEMUA.......

bahan2
******
5 biji telur
125g gula kastor
1s/k esen vanilla
100g tepung gandum
200g serbuk koko (tapi saya tambah sikit 250g)
1 s/k baking powder
40 ml air
70g mentega dicairkan dan di sejukkan

cara2
******
--->panaskan oven suhu 170dc (yang ni korang jangan cuba nak derhaka tau,panaskan 20minit)

---->campurkan semua bahan kecuali mentega yg dicairkan.putar sehingga kembang gebu 2 kali  g
anda adunan,anggaran 10 minit terus memutar.
---->dah siap putar masukkan mentega yang dicairkan tadi dan kaub balikkan adunan hingga sebati

----->pastu bolehlah masukkan adudan tadi kedalam loyang yang telah di sapu mentega telebih dahulu,bakar suhu 170dc selama 30 minit

TADAAAAA NILAH HASILNYA
tak sabar2 sikecil tggu nak makan hehehheh.
 

 

CUCUR PENIRAM

Ini salah satu kuih tradisional kegemaran aku juga ni......tak salah kalu aku nak mencuba buat kuih ni sendirikan.....kalau masa kat kampung nak mkn senang beli je...tapi aku dok kat jb ni area tempat aku duduk ni memang susah nak cari kuih2 tardisoanl melayu ni......apa2 yang aku rasa terinmgin nak makna aku terpaksa usaha dengan hati yang ikhlas buat kuih muih kegemaran aku......dengan hasil ketulusan hati aku yg ikhlas ni alhamdulillah jadi juga akhirnya cucur peniram ni.....bak kata orang biar rupa x lawo asal rasa tu sedap hehehehehhehe..........korang pon yang rasa nak mkn tu jgn malas nak mencuba ye hahahahah.......










Bahan-bahan:
1 kilo tepung beras
600gm gula merah
200gm gula pasir
Minyak
Air
Cara membuatnya:
  1. Gula merah dan gula pasir dimasak dengan air.
  2. Tepung beras digaul dengan air gula yang telah sejuk. Simpan adunan lebih kurang 5 jam supaya lembut.
  3. Adunan dijemput-jemput dan letakkan di atas tempat yang telah di sapu dengan minyak seperti dalam gambar.
  4. Lubangkan di tengah-tengah dan goreng hingga berwarna merah tua.

KUIH KAPAL TERBANG

Kuih ni orang utara panggil kuih kapal terbang,kalau negeri2 lain x tahulah panggil apa.Apa yang pasti aku mmng suka sangat kuih ni,susah sangat nak cari kuih ni,terutama area aku duduk ni......dengan semanagtnya aku usaha nak buat sendiri juga....walaupun x menarik x cumel macam beli cukuplah rasanya sama hehehehehe





 


Bahan-bahan:
1 kati tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Gula
Campuran minyak dan tepung (sedikit sahaja)
Cara membuatnya:
  1. Tepung gandum, telur dan air garam dimesin sehingga sebati.
  2. Adunan tadi dicanai hingga nipis.
  3. Sapu campuran minyak dan tepung di atas adunan sebelum digulung. Kemudian adunan digulung dan dipotong serta dinipiskan sebelum digoreng.
  4. Goreng di dalam minyak yang sederhana panas.
  5. Apabila kuih telah kekuningan, angkat dan toskan sebelum disira dengan gula
     
    SELAMAT MENCUBA....

Cupcakes

assalmualaikum semua,,,,dah lama blog aku ni bersarang tanpa bahan2 ,,,hari ni aku nak share lah apa yang patut untuk kita kongsi bersama.Sebenarnya aku ni bukanlah pandai sangat bab2 masak memasak buat kuih muih ni tapi aku berminat sejak ada anak ni.Yang best tu bukan apa sedap ke x sedap ke mereka sapu habis,tulah yang menimbulkan sedikit kerajinan dan semangat aku tu.sebenarnya aku nak buat cupcakes icecream tapi bahan2 pulak xder kat rumah,nak keluar hujan pulak petang ni.anak2 pulak asyik nak makan kek so cincailah buat apa yang ada.
           kalau korang nak buat korang buatlah guna bahan yang patut heheheheheh.
                       kek aku ni xda deko2 hahahah emergency cupcakes....tapi rasa sedappp....


Bahan-Bahan
**********
250 grm gula kastor
250 grm tepung naik sendiri
200 grm majerin
5 biji telur (tapi aku guna 3 biji je)
1tsp esen vanilla
20grm glycerine
papercup jangan lupa

Cara-Cara
*********
1)  pukul majerin bersama gula kastor hingga kembang

2)  masukkan telur satu persatu

3)  kemudian masukkan glycerine dan esen vanilla sebagai perisa (tapi yang ni aku ada tambah serbuk koko       20 grm)

4)  masukkan tepung yang diayak kedalam adunan

5)  satukan adunan kedalam mangkuk kertas bakar selama 20-25 minit suhu 180'c
                

Aising mentega
***********
Bahan-Bahan
**********
250 grm majerin
250 grm krim well
250 gula icing

1) putarkan majerin dan krim well sehingga kembang

2) masukkan gula aising dan putarkan sehingga kembang dan putih atau sehingga larut.



SEBENARNYA SAYA NAK BUAT ROPA INILAH TAPI NAK BUAT MCM NA KAN BAHAN2  X   LENGKAP.... Lain hari saya buat bagi lengkap hehehehe
                                        
          kempunan ank2 nak mkn cupcake macam ni......